Aku pernah terkena 3 tahun yang dahulu. Ditempat yang sama, ofis aku....
Pernah main game "Find Lady in Red" tak?
Game sebenarnya, tetapi menjadi titik nokhtah aku tak tengok dah gambar seram- seram nie.
Dah tajuk game tue "Find Lady in Red", aku tengok betul-betul kat skrin komputer aku. Nak cari perempuan tue punya pasal. Kiranya lagi 2-3 inci la muka aku nak melekat. Sekali engkau!!!!
Muka hantu yang keluar, package dengan suara mengilai....
Apa lagi aku menjerit sekuat hati, lari meluru ke Abang Lan. (
Tak de aksi peluk meleluk yer...). Motif aku lari ke Abang Lan adalah untuk suruh dia tutup game tue...
Selepas tue, tiada lagi cerita seram-seram aku terdetik hati nak tengok. Sedangkan dulu aku tengok cerita Ju-On, macam tak dak perasaan jer....
Selingan...Aku tak tahu lah yang "Lady in Red" ada kena mengena dengan Syaitan... Dan aku nak tahu juga apa kaitan "Lady in Red" dengan "The Arrival Pt 13"...?