Aku nak tanya, kalau kat pasar malam kat tempat korang especially gerai yang jual mutabak... roti john. Telur yang depa guna berbasuh tak...?
Setakat nie kat Pasar malam kat Alma, Bukit Mertajam mereka basuh telur yang digunakan. Siap ada sepanduk/banner lagi. "TELUR BERBASUH"
Tapi kat KL nie aku tak nampak lagi.
Mengikut ustaz yang datang ke ofis aku untuk ceramah pasal Halal dan Haram dalam Makanan, telur yang digunakan dalam makanan haruslah dibasuh dahulu. Ini supaya telur itu bersih dari segala kekotoran.
Sebabnya kita tak tahu telur yang dikutip itu bersih atau tidak.
Bagi yang buka gerai yang mana telur menjadi salah satu bahan utama... korang boleh gunakan keywords "TELUR BERBASUH" untuk menarik pelanggan.
*Korang pun, nak goreng/masak telur tue... basuh la dulu. Banyak kuman yang terlekat tue...
I'm back in KL
2 hours ago
