Tuesday, May 24, 2011

Bas yang aku pernah naik

TRANSNASIONAL
  • Bas yang mula-mula sekali aku naik semasa ulang alik KL-Penang-KL
  • Kena beli tiket awal-awal kalau nak naik bas Trans sebab tiket depa cepat laku.
  • Pakai sistem online, jadi walau aku ambil kat Putra (penumpang dari TIMUR) pun aku boleh beli tiket balik UTARA
  • Kerusi kecil sikit daripada bas-bas yang lain
  • Pakai uniform
  • Waktu berlepas kadang-kadang pernah tersasar sampai 1 jam.
  • Lebih selesa aku naik kat Hentian Duta dari Puduraya


MARA LINER
  • Bas kedua yang aku naik kalau bas Trans dah sold out
  • Selalu beli tiket bas Trans dan Mara sebab harga tiket adalah tetap tidak mengira musim
  • Perhentian yang selalu depa berhenti adalah Perhentian Simpang Pulai.
  • Waktu berlepas jarang lewat mungkin sebab bas pergi Utara dah siap-siap ada kat Hentian Duta bukan dari Puduraya
  • Pun pakai uniform
  • Pun jugak pakai sistem online

SHAMISHA
  •  Kerusi besar sikit dari bas Trans
  • Ada driver perempuan (macho giler aku nampak dia bawa bas)
  • Waktu berlepas langsungggggggggggggggggg tak TEPAT. Beli tiket pukul 5.30petang. Maknanya bas tue mungkin akan bertolak setengah atau sejam lambat
  • Tapi selalu jugak aku beli kalau tiba-tiba aku nak balik kampung. Tiket selalu ada...
  • Harga tiket balik Butterworth murah 30sen dari Trans.
  • Tak tahu pakai sistem online atau tidak sebab aku tak pernah beli awal pun tiket dari Shamisha nie.
  • Uniform- kadang-kadang pakai.... kadang-kadang tak

PANCARAN MATAHARI
  • Tiket paling mahal aku beli adalah RM 45 untuk ke Butterworth dan RM 50 masa raya.
  • Ada juga harga murah tapi mengikut dia musim
  • Waktu berlepas... lebih kurang bas Shamisha gak la...
  • Option untuk siapa yang beli tiket last minit.
  • Uniform pun aku tengok kadang-kadang jer pakai.

Aku rasa semua Syarikat bas pakai sistem online tapi tak macam Trans dan Mara, mana-mana kaunter Trans dan Mara aku boleh beli tiket.

Contohnya:
Walaupun aku pergi Hentian Duta (khusus untuk perjalanan ke UTARA) tapi aku boleh beli tiket untuk ke SELATAN, TIMUR atau BARAT.


ULASAN PASAL CARA PEMANDUAN

Bila aku nak ulas pasal driver, aku tak boleh pilih syarikat mana-mana pun. Semua nya sama. Ikut pemandunya sahaja. Selalu aku naik bas aku dapat seat depan. Jadi aku dapat tengok depa bawa laju tahap mana.

Pernah aku tido dalam bas, tiba-tiba terasa sebab rasa laju sangat. Aku usha meter.... 160km/j. Kalau kereta, aku ok lagi tapi bila bas... sungguh la ngeri. Hanya berdeham sahaja dan meminta doa supaya kami semua dalam bas tue selamat sampai jer la.


Jadi, Syarikat bas mana yang menjadi pilihan...?

Aku lebih suka MARA LINER... :)

4 comments:

cheqna said...

cheqna tak pernah naik bas secara berterusan ni..,,jadi tak tahu r hehehehe

Unknown said...

zaman balik kampung naik bas dulu, memang naik bas mara liner gak la..nak buat macam mana sbb itu saje pilihan yg ada. direct dari kl sampai terus ke kampung..bas dia ok kan.. :)

Unknown said...

menyempit skit..
salam??
asenye setakat ni antara bas2 yg paling selamat n selesa myb konsortium bas ekspress kot (KBES)..
setahu sy bas ni adew link dgn GPS...
lebih dr 120km/J... bos dowg akn kol dowg....
seat dye lg besar dr Shamisha...
air cond dye.... selimut 2 lapis jgak la....mne2 jew lah nk naik.. asalkn bas x uzur....
huhu...

Ayiee said...

prefer pancaran or shamisha , starmart express... okk semua..best tambah2 starmart massage couse best je tak terasa smpi....sedap je