Dalam aku bercuti panjang dari berblogging, aku dok baca buku dan dok sembang-sembang pasal anak zina dengan rakan-rakan ofis... banyak gak ilmu dan benda yang aku tak tahu.
Kenapa pasal anak zina yang diketengahkan...? Pasal aku ada baca kat blog Ceera yang mengatakan anak zina boleh kahwin dengan ayah biologi nya sendiri. Kerana tiada pertalian langsung antara mereka berdua walaupun anak itu benih dari lelaki itu sendiri. Terasa geli, kan... Bagi aku la...
Kemudian beralih pula ke cerita lain tapi masih berkaitan dengan anak luar nikah.
Apabila ibubapa itu berkahwin sedangkan pada masa itu ibunya sudah mengandung kurang dari 6 bulan dalam kandungan, maka anak itu adalah anak luar nikah. (rasanya kebanyakkan kita semua tahu pasal itu). Tapi yang menjadi isunya apabila, si ibubapa tidak memberitahu anak (khususnya anak perempuan) mereka lalu mewalikan sendiri anaknya sedangkan haram berlaku demikian. (demi menutup malu). Maka haram pernikahan tersebut.
Malahan jika lahir lah zuriat dari anak mereka, anak itu juga adalah anak luar nikah. Dan jikalau rahsia itu masih lagi tidak diberitahu maka sepanjang keturunan (khususnya anak perempuan), jadi kesemuanya adalah anak luar nikah.... Menakutkan... bukan...
Kita boleh sembunyikan benda yang lepas tetapi apabila sampai pada masanyanya harus diberitahu supaya tidak menjadi masalah dikemudian hari.
Pasal anak luar nikah juga...
Ditanya kepada bakal menantunya, sudahkan ibubapa nya menunaikan haji...
Bakal menantunya menjawab "sudah"
"Bila kah mereka pergi. Sebelum atau selepas melahirkan kamu"
"Selepas.."
..............................
Pada agak-agak korang la, kenapa ditanya sedemikian...?
Soalan cepu emas nie.....
*Aku tak pandai sangat bab-bab nie. Kalau salah tolong perbetulkan. Tapi menarik juga apabila mengetahui benda-benda yang tak tahu.
Terjebak dengan Buy Now Pay Later
9 hours ago
5 comments:
nape tanya macam tu...clueless tapi bab anak zina kawen ngan bapak sendiri tu memang dah tau...cuma orang skang ni byk ambik mudah hal hukum ni...bin dengan nama bapa angkat pun x boleh kalau ikut
salam maslina. adakah awak gadis yg sama dgn gadis yg ku kenal di semporna, sabah 10++ tahun dahulu?
salam..
sebab itu islam itu indah
jadikan islam cara hidup..
ilmu perlu di tuntut..
tak tahu menuntut dan
belajar..sedih kalau jadi
begitu kan?
yang menjadi mangsa ialah anak walaupun yang melakukan adalah "mak bapa"
semakin kita belajar, semakin menarik sbnrnya ilmu agama ni!
Post a Comment