Wednesday, December 22, 2010

Bestnya naik Bas...

Mula-mula nak ucapkan takziah kat keluarga penumpang yang terlibat dalam kemalanagn baru-baru nie. Bila sebut Simpang Pulai... kegeruan berlaku. Sebab itu menjadi lalu utama aku nak balik Penang atau ke KL. Tapi bila tahu yang Highway Simpang Pulai yang terbabit adalah jalan turun dari Cameron Higland. Aku mengucap kesyukuran panjang. BUKAN JALAN AKU...

Padahalnya, jalan lepas Ipoh yang part turun bukit tue bukan ke jalan menempuh maut kalau bawa dalam keadaan laju + mengantuk + xcekap + xsayang nyawa + dll.....

Experience aku la sepanjang 4 tahun aku ulang alik Penang - KL. Kalau dekat jalan curam tue... memang aku tak leh nak lelap. Macam nak bagitahu jer supaya kat driver supaya bawa bas selembab mungkin. Nah-nah kalau dapat tempat duduk boleh nampak genting yang dalam itu....

2 minggu berturut-turut aku balik naik kereta, tumpang abang. (Nama jer tumpang abang... tapi sama jer aku bayar tol... lagi mahal dari harga tiket bas aku, huh!)

Aku boleh nampak bagaimana gelagat driver bas apabila sampai kat curam... Amboi, bawa bukan main laju. Sampai menyenget bas aku nampak. Macam drift lak...


Wahai......
Driver
  • Cukupkan rehat korang
  • Bawa kenderaan dengan penuh berhemat
  • Selalu serviskan kenderaan
  • Ikut had laju yang ditetapkan
  • Ingat tanggungjawab kerana korang tengah bawa nyawa orang lain
Dan wahai...
Penumpang
  • Korang ada hak nak pastikan pemandu mengikut peraturan
  • Lapor kepada pihak yang berkenaan jikalau nampak ada pemandu bas yang tidak mengikut peraturan


Kenapa aku tulis tajuk macam tue...?

Jawapannya, bila aku balik dengan abang... langsung la tak best.
Dia boleh hisap rokok dalam kereta untuk hilangkan mengantuk. Malas nak berhenti katanya.
Sampai sekarang nie aku macam terasa hati aku semakin hitam akibat dok sedut asap rokok dia...
Dan macam aku kata... aku kena bayar lebih. Memang kata kongsi 50-50. Tapi 50-50 kena kat dia... (Adakah aku kedekut... memang pun, dengan dia jer...)



*Kita sebagai manusia dan pengguna harus mengingati tanggungjawab sendiri. Supaya orang lain tidak merana angkara korang

8 comments:

eima said...

byk tul kes bas xcden ..takut plak....

Hezesuze said...

now weols mmg seriau nak naik bas hehe

Iela Fazielah said...

kak ila lalu kat simpang pulai tu skali awal thn aritu gi penang.. mmg gerun tgk jln tu.. harap semua org berhati2 dijalan raya..al fatihah utk mangsa2

zulkbo said...

salam..
terima kasih nasihat
anda..insyaallah akan
memandu berhemah lepas ni..
he he..

Sharinginfoz said...

kena lebih berhati2 kan

mrs shaifull said...

mas, kalau kmiza, baiklah aku naik kenderaan lain drpd tumpang abang, siap ngn asap rokok sekali, bahaya tu :)

suri said...

simpati pd kluga yang menimpa...

bas,bas takut gak nak naik tapi apa nak buat klu org lain dah tak der kenderaan sndri nak tak nak tpksalah naik..

klu tk takan smpi tmpat yg nak di tuju

UmmiUmmar said...

kak mas balik penang everyweek ka?tabahnya akak berjauhan dgn family...dulu sy pon sma..tp mujurla ada member2 yg best pengubat jiwa.hehe