Tuesday, November 9, 2010

Malam pertama... (Keseronokan!!!!)

Sapa la yang tak seronok malam pertama... kan... :)

Maksud aku untuk malam pertama nie, masa kami pergi ke Port Dickson minggu lepas. Malam pertama yang TUTTTTT tue, dah lama berakhir tapi still berterusan... (aik? cam na tue?)

Ok, mari lah kita tengok gambar dulu...

 Hadiah dari Pn. Mazlina

Sama-sama

Bilik malam pertama kami (Aku, hubby and Danish)


 Dapur (Kami masak juga breakfast, malas nak keluaq)


Lengkap.....

Ok, baru nak cerita sikit. 

Disebabkan aku pergi masa cuti Depavali, hotel-hotel yang aku call semuanya FULL. Jadi, jari jemari ku ini menaip la homestay... dan terjumpa la FitriLiyana Homestay. Dari gambar - gambar yang aku tengok kat Fotopages dia, aku rasa ok. Sesuai dengan harga RM200 untuk Cuti sekolah. Kalau hari biasa cuma RM170. Ala, tak lari jauh pun.

Cari rumah Homestay nie, tak la susah mana pun. Kalau betul-betul pandai baca arahan yang diberi. Comfirm korang dapat jumpa. 

Klik kat bawah nie kalau korang nak tengok selanjut nya ...

Komen aku...

Kalau bintang, aku kasi 9/10. Sebab kebersihan dalam rumah adalah bersih. Malahan rumah tue kalau korang nak bawa sampai 10-15 orang pun tak dak hal.
Kiranya, aku suka la apa yang ada dalam rumah tue. Lengkap segala-galanya. Fully air-cond lagi. Astro lagi, Water Heater lagi...

Kenapa tak kasi bintang penuh...? Aku pun tak tau.... :)

Apa-apa pun terima kasih dari Maslina Sekeluarga kepada Puanh Mazlina aka FITRI LIYANA GUEST HOUSE/ HOMESTAY

12 comments:

eima said...

klu byk keluarga reramai seswai dok homestay ....

tak pun sewa banglo cam TM banglo ke anak syarikat kota mas ke ... apartment ke ...

Nini D.. said...

ni dah konsider mcm duk kat umah sendiri..

Sharinginfoz said...

hmmm tak sempat nak bercuti lagi

Kyuubi said...

wah bestnya akak pi bercuti ye :)

Hezesuze said...

wah skrg jugak weols klik itu homestay hahahaha

Fieza79 said...

mmg full kan deepavali haitu...kami kat cameron jenuh meronda carik hotel...suma penoh...

velasrizal said...

wah complete btol homestay ni

Iklan Deepavali FINAS 2010 Cetus Kontroversi Perkauman?

Zezebel said...

Owh.... Pergi cuti-cuti jalan-jalan yer.... Sioknye.

zulkbo said...

salam..
selamat berseronok..
he he..

Kancilbiru said...

pasni kalau nk p PD boleh consider yang ni la kan..sbb selalu p ngan family..

surihati_ku said...

wah togeher2 lagi..semoha percutian akan lebih bermakna lagi...

ingatkan smbut ulangtahun lagi heee...

best..tgok cam nak cri gak camtuh heee

Affan Ruslan said...

Salam.
Wah boleh tahan jugak homestay ni ye.
dan sudah tentu lebih murah dan besar