Friday, July 2, 2010

Jom kita PSP

Apa itu PSP....? Pemeriksaan Sendiri Payudara.....

Semalam aku pergi klinik untuk pemeriksaan payudara. Tiada ada unsur-unsur malu apabila ia berkaitan kesihatan sendiri apabila aku menceritakan pasal payudara. Malahan aku rasa berguna kalau aku menceritakan penyakit no 1 dikalangan Wanita...

Penyakit Kanser Payudara boleh menyerang sesiapa sahaja dan lebih berisiko tinggi pada wanita yang:-
  • Mempunyai latarbelakang keluarga yang mengidap kanser payudara (2-3 ganda lebih berisiko)
  • Sejarah barah... Wanita yang pernah mengidap sebelum ini, 4 kali ganda berisiko untuk berulang
  • Sejarah haid dan pembiakan. "wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.
  • Pengambilan lemak secara berlebihan.  
  • Pengambilan hormon "kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan"
  •  Obesiti
Credit Sumber

Korang pernah tak check sendiri? Tak susah dan tak ambil masa yang lama pun. Kalau tak sure macam mana nak check sendiri pergi jer klinik berdekatan. Kerajaan pun boleh, swasta pun boleh... Kalau swasta, macam aku check semalam kena RM 10 jer... murah kan...?

Peringatan juga kepada lelaki-lelaki diluar sana, memang la wanita yang lebih berisiko tinggi untuk dapat tapi lelaki juga ada gak syer-syer untuk dapat penyakit ini...

Nak tahu lebih lanjut pasal barah payudara dikalangan lelaki boleh baca artikel di sini SUMBER


BERINGAT SEBELUM KENA....
Ini khidmat untuk masyarakat...

5 comments:

Anonymous said...

bagus lah mas ni...mamasue suker klu ada kwn cenggini...blh jd teman klu nk pi check kt klinik

maslinamansor said...

sue,
semalam p pun member teman. banyak gak pengetahuan tahu dari doc tue... details...

zulkbo said...

Salam bertandang
lepas solat jumaat
moga anda di berkati
Jumaat Al-Mubarak..
test jangan tak test
demi masa depan keluargamu

Sharinginfoz said...

ingatkan main psp tadi......

Jom Restoran Sri Niara

suri said...

salam..
alahai takut plak dgr kbar berita ni..

kak ipar suri ada bru je jalani pembedaha..

baik anak2 dab bsar adalah gak org nak jaga dia..huhu..