Thursday, July 15, 2010

Erti tanggungjawab dalam keluarga

Ketika hendak berkahwin, semua orang diwajibkan pergi kursus kahwin untuk mengetahui tanggungjawab sebagai suami isteri.. ibu bapa dan peranan sebagai anak selepas berkahwin.

Sikap tanggungjawab harus ada dalam setiap insan. Kalau tidak bagaimana hendak membina rumahtangga yang bahagia? Dan tanggungjawab jikalau perkahwinan itu musnah pun perlu diambil tahu.

Bagi kes bapa menyaman anak sendiri kerana tidak memberi nafkah kepada cucu-cucunya, kita boleh ambil ikhtibar.

Anak lelakinya bercerai dengan bekas isterinya. Anak-anak mereka diserahkan kepada bapanya untuk dijaga. Tapi dimana nafkahnya? Gaji sebanyak RM17 ribu masih lagi tidak boleh memberi nafkah. Itu belum lagi kita tahu, duit kewajipan anak kepada bapa sendiri diberi atau tidak...

Beruntunglah anak-anaknya sanggup dijaga oleh datuk dan nenek mereka. Kalau tidak dimana mereka hendak menggantung harap.

Kadang-kadang tiada gunanya kita bertekak-tekak leher mengenai kisah orang. Tetapi haruslah kita ambil kisah ini supaya tidak menjadi-jadi dikemudian hari. Nanti semakin ramai ibubapa yang lupa akan tanggungjawab mereka. Jangan tinggalkan beban kepada orang lain.


p/s: Ingin juga aku tahu, dimana ibu mereka?

9 comments:

Unknown said...

rasanya lepas mak-pak bebudak tu bercerai, budak2 tu duduk ngn mak dia. lepas tu mak dia anta kt tok-nenek kt kampung lepas dia kawen lain..

hmm laki dia tak suka ada anak tiri kot

maslinamansor said...

lydzar,
rupanya macam tu.
Nasib baik tok nenek depa mau jaga...

Hazzy Ishak said...

bukan ke ikatan mak dengan anak tu lebih kuat berbanding bapa. tapi sanggup jugak tinggalkan anak2 dorang kat bekas mertua

Latest Entry Hazzy,
Rahsia dahi wanita-orang berdahi luas sebenarnya pendiam tau
Terkena renjatan elektrik ketika tidur
Predators - bukan calang² pemangsa

cheqna said...

hurmmm..ntahlah...dah tak reti nak kata pape....

piewahid said...

slm mas,
dunia yg semakin sukar difahami...

Sharinginfoz said...

sendiri mau ingatkan tanggungjawab terhadap ibu-bapa.... macam2 kes sekarang ni

maslinamansor said...

hazzy,
mak depa lebih sayang kat suami baru dia...

cheqna,
sampai tak terkata...

waakumslam piewahid,
makin pelik kan...

sharinginfoz,
memang ramai dah lupa akan tanggungjawab masing2..

zulkbo said...

salam..ermmm
sedih bila baca kisah selepas orang
bercerai berai..berpakatlah..pasti ada penyelesaian..

suri said...

sampai bila khdupan kita hrus bgni..

alahai kshan pada ank yang tak mgnal erti masalah org2 tua..huuhuhhh