Monday, June 28, 2010

Demi kawan... demi kawan...

Pada pukul 12.30 pagi di perhentian bas di bukit Mertajam berlaku sedikit adengan rampas merampas beg...
Ramai jugak yang memerhati dari dalam bas.

Budak perempuan tersebut berlari meletak kan begnya didalam tempat simpan barang dibawah bas... Tapi kemudiannya mengeluarkan kembali daripada bas.

Akhirnya berlaku sedikit pertengakaran kecil antara anak dan bapa diluar bas. Si bapa mengambil beg itu dan meletakkan beg kedalam bas semula (tempat bawah bas). Si bapa juga seperti memesan atau bercakap sesautu kepada pemandu bas... Pemandu bas teragak-agak untuk menggangguk kepala tetapi akhirnya bersetuju juga...

Si anak memasuki bas. Kelihatan budak perempuan tersebut seperti tidak selesa dan hampir sepejalanan ker Kuala Lumpur hatinya tidak tenteram. Dia takut orang akan 'menghidu' sesuatu didalam beg tersebut...

Akhirnya sampai juga di Kuala Lumpur. Budak perempuan itu sudah bersiap sedia untuk turun di Hentian Bas Duta tetapi rupanya bas telah meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil... Budak itu kembali gelisah...

"Tolonglah.... tolonglah.... Jangan sampai mereka tau...." didalam hati budak itu...

Berhenti sahaja di Bukit Jalil, budak itu cepat-cepat menuruni bas dan pantas mengambil begnya...
Bagaimana hendak balik rumah...?
Dicapainya handset dan menghububgi seseorang...


"Assalamualaikum... Hang kat ner? Aku kat Bukit Jalil, leh ambil aku tak..?"

"Boleh, kenapa kau leh sampai kat Bukit Jalil lak...?"

"Bas tak lalu masuk Duta pun... Aku takmau naik LRT.."

"Kenapa?"

"Buah durian hang nie dah nak bau satu bas tau... Kang tak pasal lak dalam LRT lak berbau... Tak sanggup aku dah..."

"Hahahaha... Ok.. Ok..."


Demi kawan... Demi kawan...
Tak pasal-pasal aku tak tidor dalam bas semalam... Takut Pemandu bas tendang aku kuar...
Nak durian Balik Pulau punya pasal... Hmmm, tak sama ker dengan durian kat KL nie...?

7 comments:

cheqna said...

kihkihkih..hahaha
kelako la mas ni...
durian oh durian

Anonymous said...

cerita betul ke nih?laaa..kes naya

mrs.ecam said...

demi kwn ek...petua org tua klu x nk durian berbau dlm kete ke bas ke ms perjalanan tekap durian tu ngan roti keliling durian tu....try la len kali ek...hihihihih

suri said...

salam..
kalau durian masa pengat mesti bestkan..hehee..

Sharinginfoz said...

he he he sedap apa durian

touya said...

rasanya habis beg orang lain berbau

Hazzy Ishak said...

haha
durian balik pulau terbaik lah kak