Monday, April 12, 2010

Walaupun ada segala-galanya tetapi tak semestinya tenang?

Ella merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Dia mempunyai 5 orang cahaya mata dimana salah seorang merupakan OKU. Ella disediakan oleh suaminya sebuah kereta dan rumah yang lengkap dengan segala-galanya.

Ella berkahwin seawal usia 21 tahun dengan pilihan hatinya sendiri. Suaminya merupakan anak orang berada dan adik beradik suaminya ada yang berkerja sebagai doktor dan mempunyai pangkat besar. Malahan suaminya merupakan seorang kontraktor yang berjaya.

Kiranyanya pada mata kasar orang, Ella dan keluarganya bahagia...

Namun pada akhir2 ini, tanpa pengetahuan suaminya, Ella mengambil pil penenang.... Kenapa...? Apa puncanya...?

Ella berkahwin dahulu, diwalikan oleh abangnya bukan ayahnya sendiri... Itu kerana mereka anak beranak bergaduh disebabkan Ella memaki ayahnya kerana berkahwin lain. Lalu ayahnya langsung tidak muncul dalam majlis perkahwinan Ella. Namun begitu, mereka telah berbaik semula, malahan semakin erat hubungan mereka...

Ada saudara mara rapatnya kata, mungkin terkena buatan orang... tetapi siapa...?
Ada pulak yang berkata, balasan kerana berkurang ajar dengan ayahnya dahulu tetapi bukankah kesalahan itu sudah dimaafkan...?
Ada pulak yang kata, suami nya ada perempuan lain....
Ada juga yang bertokok tambah dia tak nak menjadi suri rumah dan menjaga anak2 nya, hendak hidup bebas...

Sesiapa yang mengambil pil penenang nie selalunya orang yang tidak mampu mengawal tekanan. Bila difikirkan kembali, apakah tekanan yang dihadapi Ella?

Nampaknya, walau sebanyak mana kita kaya namun tak semestinya kita akan tenang...

7 comments:

mrs shaifull said...

mmg pun mas, x semestinya byk duit, keluarga tu happy saja, mesti ada dugaan/cabaran, kalau x bukan hidup namanya :)

maslinamansor said...

kmiza,
selalunya, orang biasa lebih tenang dari orang yang berada

zulkbo said...

salam..
ada makna mendalam ni..
rasanya setiap insan
ada masalah mereka sendiri
hanyadia dan tuhan..mengetahuinya
tak reti nak teka nie..he he

maslinamansor said...

waakumsalam,
mas pun tak tau nak teka... :)

piewahid said...

slm mas. pekabar?
lme xjengok mas. sibuk thp gaban skang...

kebahagian pada jiwa yg merasa bkn pada mata yg memandang.

tilam tebal bkn bmakna tidur yg lena,
makanan lazat bkn bmakna tbuka selera..

ummu said...

salam Mas

ketenangan itu nikmat Allah.sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang, kan...
kadang kala kita tengok seseorang itu
amat menderita, misalnya sakit barah, atau jatuh miskin atau cuma tinggal di gubuk buruk, tapi dia kelihatan bahagia...

Sharinginfoz said...

tekanan ni memang ada pada semua orang, yang bezanya tekanan banyak dan sikit dan cara kita mengawalnya sangat penting. anyway hidup kena happy2 kan....

Jusco Sale

Cikgu Cakap Kita Senyap