Tuesday, April 13, 2010

Cerita En. Mansor....

Di pagi yang hening, sejuk tapi sebenarnya panas.... suara riuh rendah meliputi rumah En. Mansor. Ramai sanak saudara berhimpun untuk menghadiri acara nikah anak En. Mansor dan Pn. Rosnani. Mereka bergotong royong memasak semenjak pukul 8 pagi lagi untuk makan beramai2 sebelum bertolak ke rumah bakal menantu En. Mansor...

Selesai solat Zohor, mereka semua sudah bersiap sedia untuk bertolak ke Selama, Kedah dimana rumah bakal menantu En. Mansor tinggal. Sebanyak 3 buah kereta akan menuju kesana... Toyota Wish... Pesona ... Kancil....

Toyota dihadapan sekali dinaiki oleh pengantin, Pn. Rosnani, Nizam, Mak n Pak sudara serta 2 sepupu kecil pengantin....

Pesona pula dinaiki oleh En. Mansor, kakak n adik angkat En. Mansor serta 2 sepupu kecil Pengantin...

Manakala Si Kancil dinaiki oleh Anak, Menantu dan Cucu En. Mansor serta Besan En. Mansor...

Mereka semua pun bertolak....
Tetapi tak sampai suku jalan pun... Anak perempuan En. Mansor di'call' oleh Pn. Rosnani....

"Adik.... patah balik kejap.... Pam mak tertinggal. Mak tak Pam lagi....."
"Ala..... mak nie..... nanti jap, sat gie adik call balik"
Anak perempuan meng"call" En. Mansor pulak....

"Abah, tunggu jap.... adik p kat abah...."
"Kenapa...?"
"Nak ambil barang...."
Kunci rumah dipegang oleh En. Mansor.... Jadi terpaksalah, En. Mansor pun turut serta patah balik.....

Sampai dirumah, rupa2 nya... kunci pintu kaca En. MAnsor patah.... Terpaksalah anak Serta En. Mansor masuk melalui tingkap rumah yang memang sedia "Loose" itu....
Setelah pam diambil, mereka meneruskan perjalan kembali....

Kereta Kancil terpaksa dibawa laju oleh Menantu En. Mansor kerana mengejar kereta Toyota...

"Hampeh tul.... kata nak bawa slow2, nie keta depa pun tak nampak...."Keluh anak perempuan En. Mansor...

Selingan.....
"Mengikut orang tua2 kata... pengantin tak boleh patah balik, alamat buruk atau tak manis"

Sebab tue la kereta Toyota suruh si Kancil yang ambil Pam tue....

Walaupun nama macam bertolak sekali, namun semuanya terpisah jauh....
Tambah2 si Kancil, terpaksa mengikut haluan sendiri sebab tak berapa nak 'cam' jalan...
Malahan hampir dibaling dengan ranting kayu panjang oleh si Gila Jalanan.... Terima kasih kepada Allah swt kerana mereka masih lagi selamat....

Akhirnya, Si Kancil bertemu Toyota... Persona entah dimana.... Hanya Kancil dan Toyota sahaja yang terus menuju ke Masjid, tempat diijabkabulkan....

Sampai di Masjid mereka disambut dengan senyuman mesra...

Kereta Persona masih lagi tak muncul2....
Anak perempuan En. Mansor pun meng'call' En. Mansor...

"Adik.... Abah sesat....." kata En. Mansor....
"Pastu cam na...?"
"Tak pa, Abah try cari lagi jalan yang betul...."

Yang si Anak lelaki En. Mansor pula dah gemuruh... tambah2 lagi Abah kesayangan tiada... Mahu tak mahu, terpaksa lah acara diteruskan....

Buka2 jer mulut si tuan Kadi itu.... Anak lelaki En. Mansor dah tak boleh tahan dah....
Bukan sahaja Anak Lelaki En. MAnsor sahaja... tetapi seluruh keluarga En. Mansor pun tak tahan....

Tok Kadi...... "Sengau....."
Nasib hang la abang oiiii....!!!!!

Bukan nak mengata... tetapi terpaksa lah tok kadi tue bercakap 2kali... supaya abang paham....

Tapi nasib baik, abah sempat juga sampai ke Masjid sebelum akad nikah....

Wehhhh, aku dah ada kakak.....

4 comments:

zulkbo said...

salam..
memang itulah petua
orang dulu2..ada maksud mendalam kut?
sesama lah kita memikirkannya..

maslinamansor said...

waakumsalam,
selalunya memang betul cakp orang tua2 kan...

mrs shaifull said...

mas, nasib baik tok kadi yg sengau, kalau pengantin yg sengau, lg haru :)

maslinamansor said...

kmiza,
betul2.. :)