Tuesday, October 11, 2011

Dogani- True Story

Aku baru jer tengok trailer filem, aku dah tersangkut dengan filem nie. (Harus cari selepas ini)

Berdasarkan cerita sebenar pada tahun 2005 di Sekolah Inhwa, Korea.Sekolah tersebut menempatkan pelajar (kanak/ remaja) yang bisu.

Kisah bermula apabila Kang In-Ho seorang cikgu yang baru mula mengajar di sekolah tersebut merasakan sesuatu yang pelik berlaku pada pelajar-pelajar tersebut.

Satu persatu pelajar membunuh diri. Misteri terbongkar apabila salah seorang pelajar perempuan mendedahkan mereka telah didera secara seksual tidak kira lelaki atau perempuan oleh Pengetua dan kongcunya.

Lagi menakutkan pelajar-pelajar tersebut dari memberitahu orang lain apabila mereka diugut akan dibunuh jikalau membuka rahsia.

Lebih menyedihkan (sediakan tisu dan benda yang boleh dihempuk kerana geram), ibu bapa pelajar sanggup melupakan penderaan keatas anak mereka kerana duit.

Kerana tidak sanggup pelajar-pelajar ini semakin teraniaya, Kang In Ho membawa kes ini ke muka pengadilan. Banyak halang kena tempuhi ditambah dengan komplot orang dalam dan orang besar-besar supaya isu tak dibesarkan.

Saksikan Trailer Dogani @ The Crucible




Apa kesudahan filem ini...?
Setelah google, apa ending filem nie....
Beberapa review yang aku baca, kesudahan nya bukan happy- ending.


pic taken from Here



Filem ini adalah berdasarkan dari sebuah novel yang bertajuk Dogani dimana penulisnya adalah Gong Ji- Young.

Apabila buku ini dipasarkan pada tahun 2009, buku Dogani telah menjadi satu isu besar di Korea. Korang boleh baca berita sepenuhnya disini DOGANI . kredit for koreanstory


Sedih apabila tengok trailer jer... kalau aku tengok keseluruhan filem, mau mental.

3 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

xberani nk klik tgk trailer..takut ter emo lak ;)

maslinamansor said...

memang akan emo bila tengok cerita nie. Kena prepare diri sendiri untuk terima kesudahan cerita. Memang sedih.

juanita said...

macam bes eh..