Wednesday, July 21, 2010

Mengalahkan Taukeh.....

Diumumkan bahawa budak baru kat rumah aku dah nak keluar. Sebabnya, kontrak sebagai guru sementara dah habis. 1 bulan jer ada pengalaman jadi cikgu sekolah. Nak buat cam ner dik oiii... rezeki hang kat sekolah tue sampai situ jer...

Jadi, untuk mengurangkan kos sewa rumah aku pun buat la iklan untuk ditempek kat kedai bawah flat aku tue.

Sampai kat flat, aku terus pergi ke kedai tue. Nak minta dia tampalkan iklan aku. Kebetulan pula taukehnya takdak, si pekerja saje yang ada. Si mamat Bangla tue.

Aku : Nak tampal iklan boleh tak?

Bangla : Boleh, iklan apa?

Aku : Sewa bilik
Bangla tue pun ambil kertas iklan aku.

Bangla : Tingkat berapa?

Aku : Kenapa tanya?
Aku tak mau bagitahu sebenarnya. Kawasan rumah aku tue tak leh dipercayai sangat. Jadi aku letak no bangunan jer.

Bangla : You mau sewa rumah ka, atau sewa bilik? berapa bilik ada? berapa ratus sebulan? sewa api termasuk sekali ka dan bla... bla... bla... (aku tak faham sebab pelat bangla dia pekat)


Aku : Apa? Tak faham...Tak pa la. Nanti kalau ada orang call, saya bagitahu sendiri...

Bangla : Saya tahu. You ada paham ka apa saya cakap...?
Sambil jarinya menunjuk kepala hotak dia... ( apa, ingat aku tak betul ke?). Dah la dia yang mai kat negara aku, aku lak kena paham cakap dia...

Aku : (Geleng)

Bangla : Myammar boleh?

Aku : Tak boleh......!!!!!
Yang nie aku faham sangat-sangat...
Bukan aku nak kata warga luar tue tak baik, tapi tak mau la. Susah nak berkomunikasi...

Aku : Tak pe la. Nanti saya datang balik.

Tak jadi aku nak tampal. Soalannya merimaskan aku. Dan aku mempunyai syak wasangka yang kuat. Takut apa-apa yang tak baik berlaku.
Taukeh kedai tue pun tak pernah tanya aku macam- macam... Mengalahkan taukeh betul!!!!

13 comments:

Sharinginfoz said...

macam2 kan dia berminat tu nak sewa... kena hati2 kan

maslinamansor said...

sharinginfoz,
kena waspada, kan...

lydzar said...

adei, byk soal pulak..haah takyah detail sgt, kang tak pasal2 kena ganggu

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

adei macam2 ragam ade yek

mrs.ecam said...

eiii nsb bek x bgtau...skang ni jgn pecaye sngt kt org...lg2 bangla ke myanmar ke...bhye2

Sumijelly said...

itu la jadi nya...penumpang nak jadi pemandu..huhuhu

Sumijelly.com

cheqna said...

kehkehkeh
lebih sudu dari kuah nampak...

zue said...

dia org ni mmg kurang ajar mengalahkan warga.
di mana2 org dia aje..apa nak jadi dgn kerajaan m'sia skrg..lambakan org asing.

Mak Su said...

masyallah, aiyo

JMR said...

psl dia tny MYANMAR???

maslinamansor said...

JMR,
orang myanmar nak duduk rumah tue...

Anonymous said...

linda nk sewa bln 1 thn dpn blh? :-D

maslinamansor said...

linda,
boleh... Suami nak letak mana?