Tuesday, June 8, 2010

WarisPuteri Saadong kembali...?

Siapakah Puteri Saadong ini? Aku pasti rakyat Kelantan mengetahui mengenai beliau.

Semalam member aku tanya aku, kenal tak Puteri Saadong? Aku kata pernah dengar tapi aku tak tahu apa cerita mengenai Puteri Saadong.

Puteri Saadong dikatakan anak kepada Raja Loyor dan Namang Cayang (raja perempuan Pattani) dan merupakan anak angkat Cik Siti Wan Kembang iaitu Pemerintah Kelantan (Beliau adalah anak kepata Sultan Ahmad). Cik Siti Wan Kembang tidak mempunyai anak.

Puteri Saadong kemudiannya berkahwin dengan sepupu yang bernama Raja Abdullah.

Setelah beberapa peristiwa Cik Siti Wan Kembang tidak dapat dikesan sehinggalah keakhir pemerintahan. Maka Raja Abdullah telah mengambil alih pemerintahan.

Pada 1671, Raja Abdullah mangkat kerana dibunuh oleh isterinya sendiri iaitu Puter Saadong. Kemudian Puteri Saadong telah melantik Raja Rahim anak Raja Abdullah untuk memerintah. Tetepi kemudiannya Raja Rahim telah dibunuh oleh rakyat di tepi Tasik Lelayang Mandi.

Mesti ramai yang hairan kenapa Puteri Saadong sanggup membunuh suaminya...

Kononnya Puteri Saadong ditawan oleh Siam dan pada masa itu mereka baru sahaja berkahwin. Selepas beberapa tahun, Puteri Saadong dihantar pulang ke Kelantan. Dia terkejut apabila Raja Abdullah sudah berkahwin lain. Dan itu yang menjadi titik punca pertengkaran dan kemangkatan Raja Abdullah dengan tikaman pacak sanggul Puteri Saadong....

Kemudian kononya Puteri Saadong telah membawa diri ke Aceh, Indonesia....

Dan kenapa member aku bercerita pasal Puteri Saadong? Ini kerana ada ura-ura mengatakan waris Puteri Saadong telah kembali. Ala, macam kita jumpa waris Mahsuri tue...
Malahan akan mengeluarkan buku mengenai waris Puteri Saadong...

Puteri Saadong meninggalkan sumpahan 420 tahun lalu dengan kata-kata:

Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi ku pijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi ku injak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.


Aku mencari artikel mengenai Puteri Saadong dalam google.
Yang part sumpahan tue aku ambil dari utusanonline

p/s: aku baru tahu ada ilmu seks Melayu menyebut tentang teknik Puteri Saadong. Hehehehe

8 comments:

Kancilbiru said...

kehkehkeh...apa teknik puteri saadong tu..nak tau la jugak...

zulkbo said...

salam ziarah anda..
moga sihat selalu
Good info sis..
جزاك اللهُ خيراً‎

maslinamansor said...

nizaa,
teknil nya letak bantal bawah punggung... hehehe

maslinamansor said...

waakumsalam zul,
mas sihat selalu...
tQ

mrs shaifull said...

heheeh baru nak tanya mcm mana tekniknya, sekali kancilbiru dh tanya :)

maslinamansor said...

kmiza,
baik tengok teknik kamasutra... hehehe

Suziey Ahmad said...

hiks..teknik puteri saadong? cam menarik..hehe..sharing sket info pasl tu..hahha:p

pstt..jom join my GA..sgt mudah..just be my follower n leave a comment..

maslinamansor said...

suziey,
nanti akan ku cari...

nanti saya terjah yer... :)