Wednesday, June 16, 2010

Nak ikut stail nie ker...?

PENYANYI Robbie Williams menggunakan seks untuk memastikan dirinya kekal kurus. Dia yang berusia 36 tahun sering berdepan dengan masalah berat badan menegaskan bentuk badan terbarunya adalah hasil daripada aktiviti seks bersama tunangnya, Ayda Field.


Itu adalah jawapan yang diberikan oleh Robbie apabila ditanya mengenai bentuk badan terbarunya. "Badan yang hebat ini datang daripada seks. Ya, seks banyak membantu," katanya lagi.
Namun, bukan seks sahaja yang membantu mengekalkan bentuk badannya. Penyanyi yang popular dengan lagu Bodies itu juga mencuri masa untuk berlari setiap hari.
Katanya kepada akhbar Daily Star: "Saya berlari antara lapan hingga sembilan kilometer setiap hari. Ia amat memenatkan.

 "Saya tidak rasa diri saya susut tetapi otot saya sudah kelihatan. Ia satu proses yang bagus dan saya berasa gembira dengan badan baru ini."
Robbie bukan satu-satunya selebriti yang menggunakan seks untuk kelihatan menarik. Penyumbang suara untuk animasi Shrek Forever After, Cameron Diaz juga memberi kredit kepada seks yang membantu mengekalkan keremajaannya.

Aktres berusia 37 tahun itu menyatakan: "Asas untuk mengekalkan keremajaan bagi saya adalah senaman, diet sihat, minum air yang banyak, ketawa dan banyak seks. Ya, kita perlukan seks sebagai manusia. Ia sesuatu yang sihat dan natural."

Sumber dari Kosmo


Errrr..... Aku nak tiru ke tidak...?

16 comments:

Anonymous said...

mesti tiru!! hehehehe

maslinamansor said...

has,
tapi jauh hubby mas...

zue said...

salam maslina,
boleh ke percaya dgn sex aje boleh kuruskan badan.
nengok aje org lelaki yg dah kahwin mesti borol perutnya klu x ada aktiviti sukan.

Sharinginfoz said...

macam2 tips diaorang ni kan

maslinamansor said...

zue,
tak tahu la... depa buat kaw2 kot... hehehe

maslinamansor said...

sharinginfoz,
tips2 yang pelik2 lak tue...

Unknown said...

Errr tak kawen lagi so no komen

mrs.ecam said...

tiru la klu berani...kui3 heeee pis

zulkbo said...

salam mas..
jangan ngajor yang belum kawin ni
balerrrr...koi rasa sex menaikkan berat badan sebab asyik nak mengepam je..angin byk la masuk..he he

Unknown said...

salam..ala omputih ni kan ashik ingat tu ajer..cam tak ada benda lain boleh bagi kurus..

Lagenda said...

opsssssss...! no comment yek

Unknown said...

boleh je ikut bila dh bersuami..

tp yg dlm citer tu tunang, tak bleh la..

mrs shaifull said...

mas, mestilah kena tiru, 2 dlm 1 tu :) hehehe..

maslinamansor said...

kmiza,
kepuasan ker... hehehe

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

leh pecaya ker???kalo nak tau kesahihannyer ape kata cuba...wah template baru sama cam kak zue la

Kancilbiru said...

wow...i like...hahahhaah